4. PENGURUSAN SUMBER-PSS
KERATAN AKHBAR : PERKASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Melalui keratan akhbar ini, kita dapat menyimpulkan bahawa untuk membina sistem pendidikan yang bagus, negara perlu lebih perkasakan pusat sumber sekolah ke tahap yang lebih tinggi dan berteknologi. Pusat Sumber Sekolah [ PSS ] : Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif Pusat Sumber Sekolah : • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama ...