1. KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
1. KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Konsep Kepimpinan
- Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan sukar difahami.
Dinyatakan disini lima definisi yang dianggap sesuai dengan sesebuah organisasi:
- Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi”
- Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama”.
Konsep Organisasi Sekolah
Organisasi sekolah adalah sistem yang bergerak dan berperanan dalam merumuskan tujuan mematangkan manusia sebagai makhluk sosial agar mampu berinteraksi dengan lingkungan. Dengan begitu kita sebagai manusia dapat belajar bagaimana menyikapi diri kita terhadap suatu masalah sehingga kita dapat menyelesaikan. Dengan pengertian tersebut, maka dapat disimpulakan bahawa organisasi adalah sebuah bentuk atau sistem yang terdiri dari beberapa kelompok manusia yang bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Oleh sebab itu organisasi sekolah dikatakan sebagai sebuah organisasi karena sekolah didirikan untuk mencapai tujuan bersama khususnya dibidang pendidikan.
Secara ringkasnya, organisasi kepimpinan mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Pentadbiran di peringkat sekolah bermula dengan pengetua dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, seterusnya Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik. Gaya kepimpinan sekolah terdiri daripada enam bahagian iaitu transaksional, demokratik, instruksional, transformasi dan laissez-faire.
Terdapat lima cara yang boleh dipraktiskan untuk menjadi pemimpin yang berkualiti iaitu menjadi teladan kepada orang lain, menyatakan visi kepada guru setiap hari , kesanggupan menghadapi cabaran , memberi motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugasan dengan caranya dan memiliki nilai kemanusiaan terhadap pelajar dan sesama guru.
Artikel akhbar berkaitan dengan Kepimpinan di sekolah
Artikel ini mengisahkan tentang kepimpinan yang berkesan di Sekolah Smk Mat Salleh. Keberkesanan kepimpimpinan ini telah membawa kepada kecemerlangan prestasi murid SPM dan STPM di sekolah tersebut. Berikutan dengan kecemerlangan murid si sekolah tersebut, sekolah SMK Mat Salleh telah dipuji kerana telah berjaya meningkatkan prestasi akademik sekolah. Melalui artikel akhbar ini kita dapat lihat bahawa dengan adanya cara kepimpinan yang berkesan dalam organisasi sekolah maka ia akan melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kokurikulum juga mereka boleh cemerlang.
Comments
Post a Comment