14. PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
KERATAN AKHBAR: MASUKKAN BAHAYA DADAH DALAM SILIBUS MATA PELAJARAN
ULASAN: Keratan tersebut membincangkan tentang memasukkan bahaya dadah ke dalam silibus mata pelajaran pelajar di Sekolah. Keratan akhbar ini merupakan salah satu pencengahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap sistem pendidikan negara supaya lebih ke arah pembanggunan yang cemerlang dan melahirkan anak didik yang sempurna dari segi JERI mereka.
Kementerian
Pelajaran telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani
permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu daripada strategi
tersebut ialah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
di sekolah rendah. Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan
sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan kalangan pelajar
sekolah. Menurut Mohd Muzafar Shah dan Abdul Malek (2005), Program PPDa ini
harus dapat memupuk semangat jati diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk
nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan
memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama,
bangsa dan negara.
Selain
itu, objektif PPDa ialah:
- Mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruh dadah. Menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk mengenalpasti, merancang
dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan
pendidikan pencegahan dadah. Walaupun PPDa telah dilaksanakan secara menyeluruh
yang meliputi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan tetapi masih terdapat
sebilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Perangkaan
yang dikeluarkan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)
menunjukkan bahawa terdapat sebilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan
iaitu dari tahun 2002 hingga 2005 terdapat seramai 1,015 orang pelajar sekolah
telah dikenalpasti terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
SAYONARA :
Comments
Post a Comment