9. PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Keratan Akhbar : Pelajar OKU Cipta Sejarah |
Keratan ini mengisahkan seorang pelajar oku yang bernama Norhamizah, 19 Tahun yang telah berjaya melanjutkan pelaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik. Adik Norhamizah ini menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus mara ke hadapan dan bergelar mahasiswi di Universiti Sains Malaysia. Disini dapat kita simpulkan bahawa pengurusan yang baik terhadap pelajar pelbagai upaya oleh orang sekelilingnya terutama guru-guru nya dapat menjamin masa depan mereka.
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya :
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996,Peraturan-peraturan Pendidikan Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI), pada peringkat pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, atau pendidikan lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal; masalah pembelajaran, atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti yang disebut.
Pengurusan murid pelbagai upaya
ialah program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan
sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi
dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas serta membincangkan
bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid
pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid
yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid
pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang
dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada
secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program
yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan
khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan
pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa
kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada
program sekolah aliran perdana.
Apa yang saya
pelajari dari topik ini adalah terdapat 3 isi penting boleh dikongsikan
bersama. Pertama, program pemulihan. Program pemulihan
merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami
masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh
faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang
yang khusus. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid tersebut lebih banyak
bertanya dan mengurangkan rasa malu pelajar tersebut. Program pemulihan
tersebut dijalankan untuk menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid
pelbagai upaya.
Seterusnya adalah Pengayaan. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.
Akhir sekali, teori kecerdasan
pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan
verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai
lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu
kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri
masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali Cuma guru perlu lebih perhatian terhadap
golongan ini.
Comments
Post a Comment