8. PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Pengurusan Pelbagai Budaya
Budaya
sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan
struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada
proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya
sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu
kumpulan. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah
itu lahir daripada keperluan masyarakat.
Sekolah
memikul tanggungjawab memastikan sama
ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak.
Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani
ciri kepelbagaian kelas biasa. Pendekatan inklusif bermaksud usaha untuk
mengintegrasikan pelajar secara individu. Oleh itu, peranan guru biasa dalam
konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan
guru-guru kelas. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan
pergantungan kepada pendekatan pengasingan.
Tujuan
pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan
pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan
yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham dan apa yang mereka
boleh lakukan. Proses ini juga membuka ruang kepada pelajar untuk diberi
tugasan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.
Berikut merupakan keratan akhbar yang berkait dengan budaya di sekolah :
1.
2.
Thank You :
Comments
Post a Comment