2. PENGURUSAN MURID

2.  Pengurusan Murid 

  Definisi Pengurusan Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. “Pengurusan adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000) “ Pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman 2000) .
 
Definisi Murid
Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah mahupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada. Abu Ahmadi(2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.

Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimana perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik. 















Tujuan Mengurus Rekod Murid

1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil murid
3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Menyediakan maklumat lengkap berkenaan dengan aspek perkembangan potensi JERI murid.
5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.

Kesediaan Murid Belajar 

Kesediaan belajar dapat didefinasikan sebagai satu keadaan status diri individu yang sudi  menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari persekitan yang terbuka. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama.

Ciri-ciri Berlakunya Proses Pengajaran

1. Ada guru dan murid
2. Guru sebagai pengajar
3. Murid sebagai pembelajar
4. Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa dan simbol
5. Proses yang melibatkan interaksi dua hala

Memotivasikan Murid  
Momotivasikan pelajar juga merupakan komponen dalam pengurusan murid. Menurut H.W. Bernard (1965) motivasi merupakan rangsangan mengekalkan dan  membangkitkan minat seseorang individu ke arah matlamat tertentu. Motivasi terbahagi kepada dua motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik didefinisikan sebagai dorongan dalaman seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran. Manakala motivasi ekstrinsik ialah rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang membawa manfaat kepadanya.


Comments