11. PENGURUSAN KOKURIKULUM
PENGURUSAN KOKURIKULUM
Berikut merupakan keratan akhbar berkenaan dengan topik pengurusan kokurikulum :
..............
Kokurikulum ialah satu
saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang
yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap
pelajar harus melibatkan diri. Kokurikulum boleh dijalankan di dalam dan juga
luar bilik darjah mengikut kesesuaian aktiviti. Matlamat kokurikulum ialah menyemai
kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan
antara perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid.
Selain itu, mengukuhkan perhubungan dan pergaulan antara sekolah-sekolah, membina
dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Di
samping itu, membina dan meningkatkan disiplin murid, mewujudkan budaya sekolah
yang menarik dan menggembirakan.
Strategi pengurusan kokurikulum di sekolah ialah melibatkan semua murid
dari pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi memupuk perpaduan, menganjurkan
program yang melibatkan keseluruh warga sekolah, memberi penghargaan kepada
mereka yang aktif dan menyumbang kepada pembangunan kokurikulum sekolah, mengadakan
aktiviti yang melibatkan masyarakat, mengadakan aktiviti yang menarik seperti
pertandingan serta lawatan, dan sentiasa merekodkan dan menilai kemajuan
aktoviti koko yang dijalankan. Langkah pelaksanaan kokurikulum ialah semua pelajar diwajibkan
menyertai kegiatan kokurikulum. Pelajar hendaklah mendaftar dalam setiap unit
kokurikulum. Selain itu, pelajar dikehendaki mengikuti setiap pertemuan dan
kegiatan aktiviti yang telah dijalankan. Segala aktiviti, pencapaian dan
jawatan yang disandang perlu direkodkan dalam buku log. Aspek penilaian gred
kokurikulum berdasarkan :
1. Kehadiran
2. Penglibatan
3. Pencapaian
4. Jawatan disandang
2. Penglibatan
3. Pencapaian
4. Jawatan disandang
5. Sumbangan
Comments
Post a Comment