12. STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran
→ Apa itu Frog VLE :
- Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
- Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.
Semasa
di sekolah, guru akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik
pembelajaran. Ia merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku Secara Rasmi, bilik pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik
di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Marland (1975),
suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam
pembelajaran.
Topik ini menerangkan mengenai
pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru
adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. Sumber manusia merupakan
satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk
kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan
secara optimum. Manakala, sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan
kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah
pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang
terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam,
papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan
sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu
diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah,
ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan
iklim bilik darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini
perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah.
Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan
sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan
pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan
juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya adalah
seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana kondusif,
dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini.
SARANGHEO :
Comments
Post a Comment