KERATAN AKHBAR : DISIPLIN PELAJAR KRITIKAL
Akhbar ini membincangkan tentang disiplin pelajar yang semakin kritikal di sekolah. Akhbar ini menggesa pihak ibu bapa dan guru agar saling bergandingan tangan dalam mengatasi masalah disiplin ini. Hal ini kerana, kesalahan disiplin yang mereka lakukan itu adalah bukan hanya dari diri mereka sendiri malah pihak ibu bapa dan guru juga turut memberi impak terhadap perbuatan yang mereka lakukan itu.
Pengurusan tingkah laku dan disiplin
Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pengurusan
tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Seterusnya, disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Justeru, displin merupakan proses
mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Masalah
disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau
tingkah laku devian.
Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis
devian iaitu inovasi (innovation), ritual (ritualism), undur (retreatism), dan
menentang (rebelliation). Inovasi (innovation) adalah suatu cara memenuhi
matlamat dengan cara yang salah. Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan
markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang
dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan
kecurangan akademik. Yang kedua ialah ritual (ritualism) dimana tindakan
mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny pelajar yang selalu kecewa akan
mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang ketiga ialah undur (retreatism) yang
bermaksud seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan
alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa
dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah
menentang (rebelliation) dimana ia menolak matlamat persekolahan dan
menggantikannya dengan matlamat lain seperti merompak, mencuri dan membuli.
|
Comments
Post a Comment