7. PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki
peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap
peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri,
membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow
1960). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian
yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan
merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar
mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
Proses bimbingan dan
penasihatan adalah melalui beberapa fasa. Fasa pertama, kesedaran guru
sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih
dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang
mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar
mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai
kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru
dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
melalui kursus, seminar dan bengkel khas.
Fasa ketiga merupakan proses
mengenali pelajar
Pada tahap ini, guru-guru dapat
mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar
yang memerlukan bimbingan dan
penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk
tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan
ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik
skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.
Fasa keempat proses membimbing pelajar
membina hubungan, penerokaan,
definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan
tindakan, dan melaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis
penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu
sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar
dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
KERATAN AKHBAR : GURU PERLU PANDAI 'TACLE' MURID
Saya memilih keratan akhbar ini adalah kerana ia mempunyai kaitan terdekat dengan tajuk pengurusan penasihatan pelajar ini. Melalui keratan akhbar ini kitai dapat melihat bahawa seorang guru itu mampu untuk mengambil hati murid-muridnya dengan cara apapun termasuklah memberikan kata-kata nasihat yang dapat memberikan kesedaran kepada muridnya.
Sekian dari saya : Saranghaeo

Comments
Post a Comment