10. PENGURUSAN PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT

PENGURUSAN PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT


PERSEKITARAN SEBUAH SEKOLAH YANG BERSIH DAN SELAMAT



Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat( Seng, T. W. ,2005 ).  Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang.

Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).  


Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya.  
Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri. 

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.
 
Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

........


Secara tidak langsung, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).  Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. 


Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka. Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif dan cergas.

DONE : 

Comments

Popular posts from this blog

9. PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

8. PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

14. PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH