Posts

Showing posts from June, 2019

14. PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Image
PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH  KERATAN AKHBAR: MASUKKAN BAHAYA DADAH DALAM SILIBUS MATA PELAJARAN  ULASAN: Keratan tersebut membincangkan tentang memasukkan bahaya dadah ke dalam silibus mata pelajaran pelajar di Sekolah. Keratan akhbar ini merupakan salah satu pencengahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap sistem pendidikan negara supaya lebih ke arah pembanggunan yang cemerlang dan melahirkan anak didik yang sempurna dari segi JERI mereka.   Kementerian Pelajaran telah mengatur pelbagai strategi pencegahan awalan bagi menangani permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu daripada strategi tersebut ialah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan kalangan pelajar sekolah. Menurut Mohd Muzafar Shah dan Abdul Malek (2005), Program PPDa ini harus dapat memupuk seman...

11. PENGURUSAN KOKURIKULUM

Image
PENGURUSAN KOKURIKULUM  Berikut merupakan keratan akhbar berkenaan dengan topik pengurusan kokurikulum : .............. Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Kokurikulum boleh dijalankan di dalam dan juga luar bilik darjah mengikut kesesuaian aktiviti. Matlamat kokurikulum ialah menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid. Selain itu, mengukuhkan perhubungan dan pergaulan antara sekolah-sekolah, membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Di samping itu, membina dan meningkatkan disiplin murid, mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan. Strategi pengurusa...

9. PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Image
Keratan Akhbar : Pelajar OKU Cipta Sejarah Keratan ini mengisahkan seorang pelajar oku yang bernama Norhamizah, 19 Tahun yang telah berjaya melanjutkan pelaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektronik. Adik Norhamizah ini menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus mara ke hadapan dan bergelar mahasiswi di Universiti Sains Malaysia. Disini dapat kita simpulkan bahawa pengurusan yang baik terhadap pelajar pelbagai upaya oleh orang sekelilingnya terutama guru-guru nya dapat menjamin masa depan mereka. Pengurusan Murid Pelbagai Upaya :  Berdasarkan Akta Pendidikan 1996,Peraturan-peraturan Pendidikan Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Inklusif ( PPKI), pada peringkat pendidikan pra sekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, atau pendidikan lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa ‘Murid Be...

5. PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Image
PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS  KERATAN AKHBAR : 2.34 JUTA BUKU TEKS ROSAK DICETAK SEMULA   ULASAN: Keratan akhbar tersebut mengisarkan tentang peranan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menunjukkan keprihatinannya terhadap masa depan anak didik negara. Kerjaan telah mencetak semula 2.34 juta buku teks yang telah rosak akibat banjir untuk kegunaan pelajar yang mengalami musibah banjir di tempat tersebut.  Sekolah berperanan mengurus dan melaksanakan SPBT seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT berjalan lancer dan efisien, personel yang terlibat dengan program SPBT wajar memainkan peranan masing-masing. Pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah melibatkan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang (GPK Petang), Guru penyelaras SPBT, Guru Penyel...

8. PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
  Pengurusan Pelbagai Budaya    Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Sekolah memikul tanggungjawab  memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian kelas biasa. Pendekatan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Oleh itu, peranan guru biasa dalam konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru kelas. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut meng...

12. STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Image
Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran        →  Apa itu Frog VLE : Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.   Semasa di sekolah, guru akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik pembelajaran. Ia merupakan tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku Secara Rasmi, bilik pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran. Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan...

10. PENGURUSAN PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT

Image
PENGURUSAN PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT PERSEKITARAN SEBUAH SEKOLAH YANG BERSIH DAN SELAMAT Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat( Seng, T. W. ,2005 ).  Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang. Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan ...

6. PNGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Image
KERATAN AKHBAR : DISIPLIN PELAJAR KRITIKAL  Akhbar ini membincangkan tentang disiplin pelajar yang semakin kritikal di sekolah. Akhbar ini menggesa pihak ibu bapa dan guru agar saling bergandingan tangan dalam mengatasi masalah disiplin ini. Hal ini kerana, kesalahan disiplin yang mereka lakukan itu adalah bukan hanya dari diri mereka sendiri malah pihak ibu bapa dan guru juga turut memberi impak terhadap perbuatan yang mereka lakukan itu.  Pengurusan tingkah laku dan disiplin   Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), p engurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Seterusnya, disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Justeru, displin merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna . Masalah disiplin sek...